Hari ini, saya berkesempatan menonton filem quadrilogi yang agak 'legend' bila tibanya Ramadan iaitu 19 Puasa: Playboys of Plestik Hitam. Filem berdurasi 1 jam 49 minit ini, seperti filem seterusnya, sinopsisnya lebih kurang iaitu sekumpulan pakcik-pakcik ni ponteng puasa, makan di siang hari pada bulan Ramadan.
Bagi saya, filem ini, walaupun bertukar tangan kepada anak Allahyarham Mamat Khalid iaitu Amen Khalid, tetapi ianya seakan-akan menonton filem-filem sebelumnya dari 15 sampailah ke 18 Puasa. Dimulakan dan ditutup oleh nyanyian tradisional (kali ni ada Haziq Rosebi lagi ewah!). Ianya hanya menyelitkan reference dan mengulangi babak-babak yang tular di media sosial seperti Tok Ketua ada makanan dekat mulut sambil bercerita tentang kelebihan berpuasa (reference 15 Puasa), Dak Ngas kata tak suka makan sejuk-sejuk (16 Puasa), berbual dalam bahasa isyarat mimik muka (16 & 17 Puasa).
'Perisa' yang ditambah adalah cameo-cameo yang muncul dalam filem ini seperti pekerja hospital yang duk sebut "bala ni bala" dalam Hantu Kak Limah universe dan Sabri Yunus yang memegang watak Abang Li. Elemen multiverse yang ditampilkan dalam trailer hanya beberapa puluh saat sahaja, itupun nak menunjukkan filem ini fokus kepada penduduk-penduduk Kampung Beko dan masuk sedikit elemen Kampung Pisang (melibatkan Gerhana dari Kampung Pisang Berbuah Dua Kali).
Selebihnya, flow jalan cerita sama, ponteng puasa, watak utama family dia susah takde duit, penguatkuasa "geng van jenazah" ambush siapa tak puasa, YB datang surau, semua kena tangkap, masuk lokap, ada orang tolong ikat jamin, semua insaf. Sama.
Saya tak pasti kenapa filem ini terlalu yellowish, seakan-akan menonton filem Mexico. Mungkin nak menampakkan kelainan dalam sinematiknya. Bagi saya, takde masalah sebab visual still cantik, audio pun okay.
Secara keseluruhannya, kalau korang first time tengok 19 Puasa ni, tanpa tengok filem sebelumnya, rasanya korang akan terhibur dan faham je. Kalau yang dah tengok, mungkin boleh relate dengan reference-reference yang ada dalam filem ini. Anggaplah ianya sebuah naskhah tribute kepada Allahyarham Mamat Khalid dengan mengekalkan signature arwah dalam filem sebelumnya.
Apa-apapun, filem ni saya boleh layan. Sekadar hiburan di bulan Puasa. Jangan lupa tonton di Astro First, okay? Yak yak yeay!
Rating untuk filem ini: 3/5 ⭐

Ulasan
Catat Ulasan