THE EXPERTS (2024): SERIUSLAH ROMPAKAN TERBESAR? (NON-SPOILER PANTUN REVIEW)
Selepas demam Sheriff melanda,
Astro Shaw hadir buah tangan seterusnya,
Filem The Experts diberi nama,
Syafiq Kyle dan Aaron Aziz peneraju cerita.
Al kisah adik beradik sekeluarga,
Berpengalaman merompak lalu bersara,
Diheret kembali dosa yang lama,
Organisasi mafia sasaran utama.
Izinkanku mula perkara ku suka,
Jalan cerita secukup rasa,
Plot twist diselit sekali dua,
Berdebar menanti apa kesudahannya.
Syafiq Kyle cemerlang pada wataknya,
Mimi Lana menyerlah pada seksinya,
Ray Dap Dap ada humor sendirinya,
Tak kurang Remy Ishak ada kelakarnya.
Sinematografi cun, sedap audionya,
Babak aksinya walau tak banyak tetap teruja,
Drama adik-beradik selang seli sekala,
Cuma pening sedikit memahami konfliknya.
Perkara tak kusuka ada beberapa,
Aaron Aziz semacam kurang 'bermaya',
Tak terasa sangat macam dia ketua,
Dialog adik-beradik macam kawan-kawan pun ada.
Ada watak yang jahat perangainya terasa loya,
Mujur antagonis lainnya mengerikan juga,
Ada scene seakan Sheriff pun ada,
Tapi anggaplah ianya subjektif semata.
Plot terakhir timbulkan tanya tanya,
Karakternya penting tapi latarbelakangnya tiada,
Kita macam, "Kau ni siapa sebenarnya?"
Vibes dia ke arah Kingsman pula.
Belum cerita lagi watak dikira penting,
Tiba-tiba menghilang di saat genting,
Padahal kunci segala planning,
Tak apalah, tidaklah membuat diriku pening.
Walau bagaimanapun, tak dinafikan,
Filem ini tetap seronok dilayan,
Ada vibes "Mencuri Raden Saleh" dirasakan,
Tetap naskhah ini mengagumkan,
Walau ada sedikit kekurangan,
Namun syabas Astro Shaw saya ucapkan.
Rating untuk filem ini: 4 / 5 ⭐
Selepas demam Sheriff melanda,
Astro Shaw hadir buah tangan seterusnya,
Filem The Experts diberi nama,
Syafiq Kyle dan Aaron Aziz peneraju cerita.
Al kisah adik beradik sekeluarga,
Berpengalaman merompak lalu bersara,
Diheret kembali dosa yang lama,
Organisasi mafia sasaran utama.
Izinkanku mula perkara ku suka,
Jalan cerita secukup rasa,
Plot twist diselit sekali dua,
Berdebar menanti apa kesudahannya.
Syafiq Kyle cemerlang pada wataknya,
Mimi Lana menyerlah pada seksinya,
Ray Dap Dap ada humor sendirinya,
Tak kurang Remy Ishak ada kelakarnya.
Sinematografi cun, sedap audionya,
Babak aksinya walau tak banyak tetap teruja,
Drama adik-beradik selang seli sekala,
Cuma pening sedikit memahami konfliknya.
Perkara tak kusuka ada beberapa,
Aaron Aziz semacam kurang 'bermaya',
Tak terasa sangat macam dia ketua,
Dialog adik-beradik macam kawan-kawan pun ada.
Ada watak yang jahat perangainya terasa loya,
Mujur antagonis lainnya mengerikan juga,
Ada scene seakan Sheriff pun ada,
Tapi anggaplah ianya subjektif semata.
Plot terakhir timbulkan tanya tanya,
Karakternya penting tapi latarbelakangnya tiada,
Kita macam, "Kau ni siapa sebenarnya?"
Vibes dia ke arah Kingsman pula.
Belum cerita lagi watak dikira penting,
Tiba-tiba menghilang di saat genting,
Padahal kunci segala planning,
Tak apalah, tidaklah membuat diriku pening.
Walau bagaimanapun, tak dinafikan,
Filem ini tetap seronok dilayan,
Ada vibes "Mencuri Raden Saleh" dirasakan,
Tetap naskhah ini mengagumkan,
Walau ada sedikit kekurangan,
Namun syabas Astro Shaw saya ucapkan.
Rating untuk filem ini: 4 / 5 ⭐
Ulasan
Catat Ulasan