How to Make Millions Before Grandma Dies (2024)


Filem kekeluargaan daripada Thailand ini ternyata tidak mengecewakan, malah menyebabkan satu panggung pulang dengan air mata mengalir deras ke pipi. Kisahnya apabila seorang remaja bernama M, cuba berbuat baik dengan neneknya yang ada kanser tahap 4 dan doktor sahkan nenek ni ada masa setahun lagi nak hidup. Nampak macam si M ni jahat kan, tetapi filem ni bijak membuatkan kita menyesal membenci dia pada pengakhiran cerita. Taknak spoiler, aku nak korang tengok sendiri dan hayati sebaiknya.

Filem ni bermula dengan unsur komedi, berakhir dengan siri-siri babak yang penuh emosi. Filem ni juga sarat dengan nilai kekeluargaan yang banyak diketengahkan, antaranya, betapa pentingnya peranan anak dalam menjaga mak ayah, isu perebutan harta yang bukan saja berlaku di Thailand tapi boleh dikaitkan juga di Malaysia, isu adik-beradik tak sependapat dalam jaga mak - mostly banyak isu keluarga yang boleh menyebabkan kita rasa nak balik kampung terus lepas tengok filem ni.

Filem ni cantik dari segi visualnya, maklumlah filem Thailand tak pernah mengecewakan dari segi sinematografi. Perjalanan emosi dari awal sampai akhir sentiasa build up, even aku yang lelaki ni pun berderai juga air mata walaupun scene itu simple je tapi fuhhhh. Aku jadi rindu dengan arwah nenek aku, dan bila aku tengok filem ni, aku harap aku cucu dia yang terbaik sebelum dia pergi.

Filem ni P12, ada satu je lawak dewasa yang aku rasa orang dewasa je faham (scene tu just perbualan sahaja pasal 'HanyaPeminat' antara M dan Mui). Korang boleh bawa satu keluarga tonton filem ni, lagi-lagi yang adik-adik dan anak-anak tu, supaya diorang terasa 'ditarbiahkan' melalui filem ni. Even aku masa tonton filem ni, seat depan aku ada pakwe-makwe yang saling menenangkan each other sebab masing-masing menangis teruk hahaha 😅

Rating: 4.5/5 ⭐


Ulasan