Squid Game: Musim ke-2 (2024)

 

INTENSE TAPI BARAN SEBAB... (NO-SPOILER REVIEW)

Drama bersiri yang mencipta fenomena di Netflix, Squid Game, kini kembali dengan musim ke-2. Aku akui, untuk musim pertama, aku agak 'impress' dengan drama bersiri itu, kerana agak unik sampaikan bila sebut "Squid Game" je, kita akan terdengar lagu "Red Light, Green Light" itu. Aku mengambil masa satu malam sahaja untuk marathon / binge-watching musim kedua baru-baru ini dan ini adalah review aku.

SINOPSIS

Mengisahkan Gi-hun yang kembali masuk ke dalam Squid Game sebab dia rasa tak tenang walaupun dia menang hampir 45.6 billion won, dan bertekad nak menghentikan pengoperasian Squid Game tu, but yeah, ianya tak semudah yang disangka.

SO, HERE'S MY REVIEW!

First, jalan cerita bagi musim ke-2 ni agak 'berat' berbanding yang pertama. Aku rasa, korang kena tengok dulu musim pertama untuk kau faham watak-watak yang membuat kemunculan semula / menjadi main story dalam musim kedua ni. Musim kedua dia ada bawa permainan baru yang lebih menarik dan buat kita tak senang duduk ah. Even ada permainan yang menjadi "trademark" Squid Game iaitu "Red Light, Green Light", tapi masuk je game kedua, kita macam fuhhh, ikut bersorak bertepuk tangan kepada pemain-pemain yang struggle nak habiskan game itu. Yang aku suka juga elemen sukaneka, yang sedikit sebanyak menambah sedikit rasa “fun” di tengah-tengah kita duk rasa intense, even komedi dalam drama ni pun sekali sekala mencuit hati.

Aku akui untuk dua episod pertama (sebelum si G-Hun tu masuk dalam Squid Game) aku rasa mengantuk sikit dan bosan disebabkan ada banyak "filler" (borak-borak) dan backstory dia yang agak lama nak menceritakan motif si Gi-Hun ni nak masuk dalam Squid Game tu, but it deliver well la. Bila masuk je Squid Game, memang aku tak senang duduk la sampailah episod akhir bagi musim ke-2 ni. Lebih menarik lagi, musim ke-2 ni ada highlight tentang kisah hidup Pink Army dan konflik yang berlaku dalam kalangan mereka. Cuma, aku agak 'kechiwa' sikit apabila plot Jun-Ho dan rakan-rakan dia nak cari Gi-Hun tu tak ditekankan banyak dalam drama bersiri ini, lagi-lagi lepas Gi-Hun dah masuk dalam Squid Game tu.

Kedua, of course pelakonnya. Watak Seong Gi-Hun (Lee Jung-Jae) kali ini nampak lebih matang dan 'heroic', terutamanya, macam aku cakap, keputusan dia nak join balik Squid Game sekali lagi. Si Rekrut a.k.a. Gong Yoo, gila ah, psiko gila dia ni dalam 2 episod pertama ni, dalam hensem-hensem dia, dia punya brutal tu lain macam. Musim pertama sekejap je dia muncul, musim kedua ni dapat spotlight haha.

T.O.P Big Bang bagi aku dia dah nampak jahat dah, cuma kita tak berapa nak habis geram dan benci dengan dia. Termasuk juga ada seorang pakcik ni yang aku expect dia akan jadi jahat juga tapi lerhhh dia tak berapa menyerlah dalam Squid Game ni haihh. Watak-watak baharu lain yang diperkenalkan dalam filem ni juga boleh tahan, terutamanya ibu-anak, yang pondan tu, yang mengandung tu; bagi aku, drama ni bagi masa yang secukup rasa nak terang backstory masing-masing sampai kita kenal dengan diorang dan faham struggle diorang nak join Squid Game ni.

Ketiga, drama ni cantik visualnya, sinematografinya, cuma aku rasa macam camera work dia berbeza daripada yang musim satu punya sebab ada banyak effect zoom-zoom macam sinetron Indonesia. Cuma, biasalah, musim kedua ni ending dia betul-betul tergantung atau cliffhanger, tapi penutup musim yang baik sebab dia buatkan kita semua tak sabar nak tengok musim ketiga, mujurlah 'tak lama' sebab katanya tayang tahun 2025.

Kesimpulannya?

Squid Game masih lagi asyik ditonton untuk musim ke-2 ni. Kalau korang pernah tengok yang musim pertama, I think korang akan enjoy juga layan musim ke-2 ni dengan game-game baru, drama-drama yang disajikan dalam drama ni.

Rating untuk drama bersiri ini: 4/5 ⭐

Ulasan