Gayong (2025)


Aku mulakan review ini dengan sebuah kesimpulan: Sesebuah filem, drama hatta iklan Raya sekalipun kalau pelakon utamanya adalah Beto Kusyairy, confirm ianya tidak mengecewakan.

Gayong, arahan Faisal Ishak, yang pernah mengarah filem Padu (2024) dan francais Juvana, mengisahkan tentang survival tokoh Silat Gayong, Datuk Meor yang berhijrah dari Taiping, Perak ke Singapura untuk mencari sesuap nasi bersama keluarganya dan perjuangan beliau sepanjang menempuhi era penjajahan British dan Jepun. Basically, itulah premis dan plot cerita dalam filem ini selama 1 jam 50 minit.

Aku rendahkan sikit expectation aku actually sebelum menonton filem ini selepas karya terakhir pengarahnya, Faisal Ishak iaitu Padu (2024) tidak sepadu ceritanya tapi still menarik dan diperbaiki. Maka, aku looking forward untuk menonton Gayong since ianya menampilkan pelakon dengan nama besar seperti Beto Kusyairy dan Yayan Ruhian.

Apa yang best dengan filem ini?
Yang pertama, of course, adalah pada pelakon utamanya, Beto Kusyairy itu sendiri. Lakonannya yang serius, mimik muka dan penghayatannya memegang watak lagenda ini memang sangat-sangat padu. Aku juga macam amazed bila lihat fighting scene yang melibatkan beliau seakan-akan tidak menggunakan stuntman langsung (kudos kepada Director of Photography, cameraman dan of course pengarah aksi dan koreografer filem ini, Yayan Ruhian!) Beto juga, of course, takkan lari daripada babak-babak emotional dan romantis yang mana, chemistry beliau dengan Nabila Huda, adalah terasa vibesnya seperti Awang dan Sayang dalam filem Pendekar Awang, which is "bagi kata-kata semangat je kau dah terasa disuntik booster".

Watak-watak lain juga tidak mengecewakan, lebih-lebih lagi Anas Ridzuan yang memjadi humor dalam filem ini, jenaka dalam filem ini kena dengan latar masa dalam filem ini. Cara filem ini "menghidupkan semangat kemasyarakatan" juga sampai, sebab walaupun fiksyen, tapi of course, kita rasa macam "alangkah bagusnya rakyat kita baik hati dan tolong-menolong seperti ini".

Sinematografi dalam filem ini juga terbaik. Cantik je mata kita tengok setup dan background yang mengambil masa 1940an. Biarpun penggunaan CGI dia tidak begitu kemas tapi itu tidak mengganggu keseronokan kita mengenali sosok tubuh tokoh Silat Gayong ini. Jalan ceritanya juga disusun dengan kemas, dengan mood rollercoaster, sekejap tenang, slow damai dan kemudiannya aksi. Dan aksi dalam filem ini semakin build-up sampailah ke final act yang intense, menariknya bukan sekadar pertembungan antara silat dengan silat, malah dengan seni mempertahankan diri yang lain, siap ada menggunakan teknik POV lagi.

Mesej dalam filem ini juga disampaikan dengan baik dan tidak terlalu memaksa untuk kita hadam nilai agama, bangsa dan tanah air macam filem-filem biografi sebelum ini. Skrip bagi aku tiada masalah biarpun penuh tatabahasa dan baku, tetapi ianya tidak cringe untuk didengar, tidak bersajak berirama dan "preachy", malahan peribahasa dan bidalan yang digunakan pun kena pada situasi.

Apa kekurangan filem ini bagi aku?
adalah tidaklah seteruk mana, ada certain scene yang agak slow tetapi menariknya, tidak bosan. Fighting scene juga tidaklah terlalu epic tetapi tidaklah mengecewakan terutamanya pada final act melibatkan Datuk Meor dan tentera Jepun. Ada juga momen² yang touching tapi tidaklah sampai ke tahap menangis. Tapi, ini hanyalah minor sahaja sebab sampai habis, aku sangat enjoy tengok filem ini.

Kesimpulannya, filem Gayong ini antara enjoyable biography film selepas Mat Kilau. Dia membuatkan aku nak lebih kenal dan research tentang siapa tokoh Silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor ini. Oh ya, ending filem ini (betul-betul sebelum kredit) mengingatkan aku kepada babak selepas kredit dalam kebanyakan filem Avengers hahaha (tak mau cakap sebab nanti spoiler). Aku rasa filem ini sepatutnya ditayangkan pada bulan Ogos sempena Hari Kebangsaan, tapi it's okay, kalau filem dah best, apa lagi boleh kita katakan, enn? Tiada scene lepas kredit, so, habis filem, boleh keluar.

Rating untuk filem ini: 4.5/5 ⭐

Ulasan