Masuk pawagam ramailah orang,
Petanda ekspetasi tak lebih tak kurang,
Maklumlah menonton trailer rasa "kurengggg",
Di'reveal'nya Syafiq Kyle menjadi dalang.
Habis tonton, tidak ku sangka,
Yang di trailer itu sekadar suku cuma,
Kerana yang ada di layar cerita,
Plot lebih mendebarkan berbanding "meth killer".
Lakonan Zul Ariffin bukan main lagi,
Lawak bersahaja dia mencuit hati,
Lakonan yang lain juga menambah seri,
Syafiq Kyle maintain membawa watak misteri,
Azira Shafinaz si cantik integriti,
Elizabeth Tan diam-diam 'ubi berisi',
Watak-watak polis lain membawa "Gerak Khas" lain dimensi,
Cuma Aaron Aziz saja, taring gangsternya kurang ngeri.
Jalan cerita mengujakan,
Sekejap aksi, sekejap drama penuh debaran,
Aksi dipapar menarik dan dudukku tak tersenangkan,
Babak fighting bolehlah tahan,
Style Syafiq Yusof ada tembak, ada letupan,
Namun masih boleh jadi penerimaan,
Plot twist bukan sekali dua diletakkan,
Membuatkan mindblown berkali-kali menawan.
Colour grading dan bunyi secukup rasa,
Naskhah ini hampir saja sempurna,
Berbaloi dengan tiket yang dibayar kita,
Lima bintang jujur dari saya.

Ulasan
Catat Ulasan