Ipar Adalah Maut (2024)

IPAR ADALAH MAUT (2024): FILEM INI BUAT AKU BARAN!

Diinspirasikan daripada sebuah kisah sebenar yang diceritakan di TikTok dan juga mengilhami hadis Rasulullah S.A.W. mengenai ipar, maka terjadilah naskhah "Ipar Adalah Maut". Dengar tajuk pun, aku rasa korang dah boleh agak jalan ceritanya macam mana. Dek kerana viral, aku memutuskan untuk tonton filem ini tadi. Saat aku menonton filem ini, panggung sudah dipenuhi dengan wanita-wanita yang bakal melalui hampir 2 jam perjalanan penuh emosi, memahami dan mengenali kehidupan Aris, Nissa dan Rani.

Apa yang best?
Pengenalan watak dia baik. Dia membuatkan kita 'jatuh cinta' dan 'melting' dengan watak suami, Aris, yang peribadinya baik dan soleh, tetapi akhirnya, dialah yang kau akan sumpah seranah di akhir cerita. Kau juga akan kesian dengan watak-watak yang lain, seperti Nissa, maknya juga. Aku suka humor dari watak Encik Junedi yang memberi teka-teki hambarnya, agar filem ini tidaklah terlalu berat, walaupun sebenarnya sudah berat dengan isu yang hendak disampaikan.

Jalan cerita dia sangat tersusun, membuatkan kita menanti apakah yang akan terjadi selepas ini. Sangat kreatif apabila ada moment yang kau rasakan kecurangan itu terbongkar, tapi akhirnya tidak. Kau akan jadi geram, kau akan baran: "Kenapalah tak kantoi?!" Biarpun typical jalan cerita yang kau dah banyak kali dengar kat luar, tapi still, filem ini memberikan experience yang roller-coaster perasaannya.

Sinematografi filem ini memang cantik, dari nature hinggalah ke kedai bakeri, sedap mata memandang. Begitu juga dengan pemilihan latar lagu yang digunakan, menaikkan mood ketika moment konflik, moment curang dan lain-lain.

Filem ini juga agak berani juga sebab menampilkan adegan dewasa (yang ringan tapi still tak sesuai bebudak tengok), menambah berat kepada isu yang hendak disampaikan. Ada babak tu macam reference Titanic juga haha.

Moral values kekeluargaan yang secukup rasa. Hormat pada orang tua, hati-hati dalam setiap keputusan yang kita buat, jaga hubungan suami-isteri-anak, apa jadi dekat nasib anak kalau parents broken dan banyak lagi yang kau boleh ambil jadi teladan lepas kau keluar daripada panggung ini.

Apa yang kurang?
First act dia agak berlebihan juga sebab asyik memuji-muji si Aris sebagai "lelaki yang baik", "lelaki yang budiman", "lelaki kiriman Tuhan" and so on sampai aku rasa cringe hahaha sikit-sikit sudahlah, tapi good sebab kau boleh buat audience cakap, "Haaaaa kau tunggu kejap lagi, kau tunggu!"


Selain itu, mungkin bagi aku ending dia kot, mengingatkan aku pada filem 172 Days di mana bermotifkan moral semata-mata. Momen sedih juga belum cukup menusuk, tapi boleh diterima. Aku tak sure filem ni akan ada sekuel ke tak, since ada persoalan-persoalan yang tak dijawab di pengakhiran cerita.

Kesimpulannya, filem ini berbaloi untuk tengok dan sarankan untuk korang tengok, bagi korang yang suka layan drama, suka layan sinetron sebegini. Aku mula-mula saja je nak tengok filem ni, apa yang hype sangat kan, sekali aku pun ikut geram, baran dan sedih dengan penceritaannya yang memang memenuhi expectation aku.

Rating untuk filem ini: 4/5

Ulasan