GOLD (2024): BETTER DARIPADA BAJU 'GOLD' OLIMPIK 2024, EH...
Aku baru selesai menonton filem sukan arahan Adrian Teh, aku rasa ini filem sukan pertama yang beliau arahkan selepas selama ini terkenal dengan karya PASKAL, Wira dan Malbatt: Misi Bakara. Mungkin baru tayangan hari pertama yakni hari ini, jadi, hanya aku seorang sahaja dalam panggung itu, untuk menikmati filem badminton berdurasi lebih 2 jam ini.
Filem ni tentang apa?
First impression aku, serius, aku tak kenal pun siapa Cheah Liek Hou ni sampailah aku tonton filem ini. Diadaptasikan dari kisah sebenar atlet paralimpik negara, Cheah Liek Hou (lakonan Jack Tan), yang meminati sukan badminton and tak pernah miss tengok Rashid Sidek (lakonan Farid Kamil) main tournament. Semuanya nampak indah pada mulanya, sampailah ketika remaja, dia disahkan mengalami kecacatan saraf pada tangannya. Ketika itulah, hidup dia turun naik dengan bermacam konflik sampailah tibanya Olimpik Tokyo 2020. Dia menang emas ke tak, korang boleh tonton filem ni sampai habis, takpun Google je sebab, yeah, real life story and facts, even the names. Dan yeah, lepas tamat filem ni, aku terus cari siapa atlet ini untuk aku telusuri kisahnya dan kejayaannya yang aku rasa ruginya tak kenal beliau lebih awal.
Apa yang best tentang filem ini?
Jalan cerita dia tersusun dan membawa kita menghayati kisah kekeluargaan Cheah Liek Hou dan kisah kebangkitan beliau. Time moment sedih dalam dua ke tiga kali macam tu, hampir saja air mata jantanku menitis, almaklumlah melibatkan keluarga dan kejayaannya. Kita juga mempelajari sedikit sebanyak budaya orang Cina tentang perubatan melalui penceritaan latarbelakang keluarga Cheah Liek Hou itu sendiri.
Aksi badminton dan dramanya juga seimbang. Kita disajikan dengan perlawanan badminton, walaupun Adrian memilih untuk gunakan shot statik (macam dalam TV kita selalu tengok match badminton itu) diselangselikan dengan shot sinematik dan slowmo, still kita rasa nak menjerit je bila Cheah Liek Hou berjaya dapat mata dalam perlawanan itu. Komedi dan humor yang menghiasi filem ini memang layan, mencuit hati dan comel haha.
Sinematografinya memang cantik mata memandang, sedap telinga mendengar. Shot view Bukit Antarabangsa beberapa kali digunakan, menarik perhatian aku. Penggunaan prop mengikut zaman juga kena pada tempatnya.
Moral value sangat pekat dalam filem ini. Mesej kekeluargaan, stigma masyarakat untuk memilih kerjaya dan masa depan, yang agak berat adalah masa depan memilih atlet sebagai kerjaya yang tidaklah mewah mana, semangat tidak berputus asa, mesej sukan yang menyatukan kita semua sebagai rakyat Malaysia; semuanya diaduk dan digaul dengan baik dan sebati dalam filem ini.
Ending dia... fuhhh mindblown. Transition yang tak diduga sampai aku terbangun dari seat dan bertepuk tangan. Kemudian, sedang kita berbangga, momen emotional mengikat simpulan filem ini sebelum kredit. Memang puas hati!
Apa yang kurang dalam filem ini?
Teknikal (just minor dan tidak mengganggu mood kita nak faham cerita) dari segi prop / logo yang tak kena pada era atau zaman itu.
Pertengahan cerita sebelum third act (Olimpik Tokyo 2020) agak slow tempo dan boleh jadi membosankan, tetapi kalau dimaknai, tiada masalah.
Skrip melibatkan mesej sukan / perpaduan yang terlalu ketara (terlalu nampak nasihat), tetapi tidak banyak pun, dua tiga ketul sahaja dalam filem ini.
Ada adegan hisap vape dalam dua tiga shot walaupun filem ini P12.
Konklusinya, korang kena tengok filem Gold ini, percubaan yang baik dan mantap dari Adrian Teh. Lagi-lagi, kita semakin mendekati temasya Olimpik Paris 2024 tak lama lagi, bolehlah kita panaskan enjin semangat kesukanan kita dengan menonton filem ini. Tapi kan, apa aku perasan dalam industri filem kita, orang Cina memang pandai buat filem sukan yang berkualiti macam Ola Bola, Lee Chong Wei dan Gold ini.
Rating untuk filem ini: 4 / 5 ⭐


Ulasan
Catat Ulasan