TAKLUK: LAHAD DATU (2024) [REVIEW TANPA SPOILER]
Selesai menonton filem aksi seterusnya untuk tahun 2024 yang ada Syafiq Kyle, bertemankan merchandise termos dan beg keluaran GSC untuk filem ini, mengunyah popcorn Nasi Lemak dan soft drink, aku masuk ke dalam pawagam selama 2 jam lebih, hampir penuh panggung ini dengan penonton.
Jalan ceritanya mengisahkan skuad PDRM Special Force yang ditugaskan untuk menakluki semula Batu Jugar dan Kampung Air yang ditawan militan GMN diketuai Raja Iskandar lakonan Eman Manan.
Apabila aku menonton filem ini, aku merasakan aku seakan-akan dihidangkan dengan "Air Force the Movie: Selagi Bernyawa pada permulaan", "Polis Evo 2" pada pertengahan dan "Coast Guard Malaysia: Ops Helang" pada pengakhiran. Terasa juga introduction filem ini mengikut acuan yang sama seperti Air Force the Movie, termasuk juga peralihan babak ke babak, tapi tak hairan pun sebab pengarahnya sama iaitu Zulkarnain Azhar. Menariknya, ada penambahbaikan untuk karya beliau yang ini, and so far, the best film arahan dia yang aku suka.
Apa Yang Aku Suka?
Pelakon - Syafiq Kyle, seperti biasa tidak mengecewakan dengan karismanya walaupun adakalanya seakan berlebihan tapi masih mantap. Fikry Ibrahim juga menyerikan lagi filem ini, termasuk juga Kamal Adli dan Anding.
Aksi - Memang tak senang duduk, disajikan dari awal, pertengahan hinggalah ke akhir. Mengerikan juga babak 'gore' dia (tak sesuai untuk kanak-kanak since rating dia 16 tahun ke atas sebab bermain dengan senjata dan parang; ada headshot, darah, kelar dll), sampai berdiri bulu romaku.
Sinematografi - View dia sangat cantik, cara dia show kawasan kampung Batu Jugar tu dan kawasan kepulauan juga indah mata memandang. Audio, dialog pun baik, kena dengan situasi, intensiti, sampai rasa mendebarkan.
Jalan Cerita - Tersusun dan menarik, sebab kita boleh tahu SOP macam mana PDRM handle penjenayah / pengganas, dapat tahu macam mana Special Force mengkoordinasi strategi menentang pihak lawan, teknologi yang digunakan.
Emosi - Babak kekeluargaan walaupun sekadar filler, but aku rasa tersentuh, termasuk support daripada rakan-rakan sejawat ketika keluarga susah.
Apa Yang Aku Kurang Suka?
Watak jahat / villain - Raja Iskandar lakonan Eman Manan nampaknya kelihatan jahat dari segi dialognya sahaja, bukan dari segi perbuatan dan kejamnya beliau, which is I hope dia macam Hasnul Rahmat dalam Polis Evo 2 (jahat dari segi dialog dan perlakuan).
Buka tutup kisah watak - Mungkin sebab ramai yang diperkenalkan dalam filem ini sampai laju title card setiap character pada permulaan, dan bagaimana back story dan pengakhiran setiap watak tak sempat digarap dengan baik.
Dialog - Bab kata-kata semangat agak berlebihan dalam filem ini, dan hanya sikit je tak kena masa
Ending - Tergantung sebab... sekuel?
Kesimpulannya, aku enjoy menonton filem Takluk: Lahad Datu ni, mencapai expectation aku dan sangat recommended untuk korang layan filem ini sempena Hari Kebangsaan. What an improvement from Zulkarnain Azhar, good job!
Rating untuk filem ini: 4/5 

Ulasan
Catat Ulasan