BAIK PUNYA AH LONG (2024): INI KE FILEM YANG RAMAI KATA GAGAL?
Memandangkan ramai orang bersuara mengenai filem terbaru arahan Afdlin Shauki iaitu Baik Punya Ah Long (2024) lakonan Johan dan Zizan, sampaikan bergaduh kerana selera masing-masing yang terpecah kepada dua iaitu "saya suka filem ini" dan "filem ni teruk, sampah dan gagal", maka aku pun tak mahu buat assumption sendiri, aku pergilah tonton filem ini.
Maka, selepas aku menonton filem berdurasi 2 jam ini, izinkan aku berkongsi pendapat aku tentang filem ini dengan persoalan-persoalan berikut:
Cerita ni tentang apa?
Alkisah "Upin dan Ipin" yang ayah angkat dia rasa diorang ni banyak menghabiskan beras di rumah, memaksa anak-anak angkat Melayu mereka untuk buka bisnes yang bersih dan halal. Maka, mereka pun buka kedai bunga + buka pinjaman 0% faedah. Perkara itu tak disenangi oleh Geng Parit Beruwang yang jana income dengan makan riba (bunga), kerana kacau periuk nasi mereka.
Siapa yang akan suka tonton filem ini?
Aku rasa enjoy layan filem ini disebabkan aku meminati muzik. Barangkali orang yang selalu rewind persembahan Jozan di pentas Maharaja Lawak juga akan meminati filem ini. Orang yang pernah hidup di zaman karya Afdlin Shauki seperti rancangan komedi Spontan dan Oh Yeah yang aku dapat rasakan auranya dalam filem ini, juga filem-filemnya (since cameo yang muncul dalam filem ini banyak datang daripada karyanya) akan boleh relate dengan filem ini. Orang yang datang takde expectation apa-apa macam aku dan mudah terhibur, akan sebahagian besarnya menyukai filem ini tapi tak sampailah ke tahap nak kata filem ini perfect or terbaik. Orang yang rasa terhibur tengok Johan 'main belasah' cakap Cina macam Abang Long Fadil 3, aku rasa pun takde masalah untuk tonton filem ini.
So, apa yang best tentang filem ini?
- Lagu-lagu dalam filem ini memang buat badan aku bergerak mengikut rentaknya. Bermacam-macam genre disajikan dari rap, ballad dan rancak, diselitkan dalam penceritaan. Lirik dia juga bersahaja, bagaikan menonton Maharaja Lawak Mega minggu muzikal yang proper dan rancangan Oh Yeah dulu kat Astro Warna yang ada slot lagu 'entah apa-apa' tapi kita terhibur mendengarnya. Even lepas aku tonton filem ni, aku layan balik lagu-lagu dia dekat Spotify (yep, Original Motion Picture Soundtrack untuk filem ini available di music platform, so, korang boleh dengar beberapa and kalau korang rasa macam layans, so, korang probably akan enjoy filem ini).
- Dari segi pelakon, Jozan dalam filem ini bagaikan era mereka masa MLM dulu-dulu, komedinya ada yang kita ketawa, ada yang kita just sengih, ada yang kita macam iyakan, ada juga tak menjadi. Watak Lan Panda lakonan Afdlin Shauki juga buat kita rasa macam "jahat nau" dengan gatalnya, jahatnya dan kaki petainya. 2 pelakon yang agak menarik diketengahkan adalah Sid Murshid dan Mia Sara Shauki, sebab dua-dua terkait dalam plot twist dalam filem ni plus Sid Murshid suara dia sedap (tang part dia menyanyi). Selain itu juga, ramai cameo daripada universe Afdlin Shauki yang kita macam pernah teringat dan menggamit kenangan.
- Sinematografi dan audio secukup rasa. FIlem ni cantik je kalau tak guna CGI. Since latar masa filem ini berlaku sekitar 2021/2022 time Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), boleh juga menggamit nostalgia kita masa PKPB dulu kan. Even starting movie pun dah bagi disclaimer mengenai SOP Covid enn.
- Komedi dalam filem ini seperti yang aku cakap, ianya bergantung pada deria ketawa korang. Ada ketikanya ia menjadi, adakalanya tidak. Lawak Johan yang selalu salah sebut perkataan tu menggeletak sikitlah dalam majoriti runtime filem ini.
- Moral values dalam filem ini, agak menarik juga dia tekankan tentang hukum riba dalam Islam, pentingnya berlaku baik dan ihsan kepada orang ramai, "buat baik dibalas baik" dan sistem ekonomi Islam terutamanya hal pinjaman wang.
- Action sequence dalam filem ni, biarpun hanya ada pada final act. Kalau dia boleh buat Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie dan Adibah Noor (a.k.a. Geng Parit Beruwang) tu ada fighting scene mereka pun best juga.
Apa yang kurang dalam filem ini?
- Jalan cerita filem ini bagi aku menarik pada first and second act, tapi bila masuk third act, dia macam dah segmen lain tapi dengan motif yang sama. Nampak effort dia cuba nak buat perkaitan tapi still macam tak kena. Ada juga 2-3 scene yang meleret, terutamanya melibatkan Lan Panda dan Cik Pa.
- Konflik dalam filem ini tidak diselesaikan dengan baik atau senang cerita, asal siap sudahlah. Aku menarik bila filem ni selitkan konflik Jozan bergaduh sesama sendiri, tapi ianya tidak berlarutan lama sangat, diorang gaduh dalam 10 minit, nyanyi-nyanyi dan nasihat melalui lagu, and then, berbaik sudah. Selain konflik, problem solving mechanism juga seakan tiba-tiba ada. Macam diorang dalam masalah, and tetiba on the spot solution tu datang and korang pun macam tertanya macam mana "solution" tu boleh jadi solution.
- Mungkin dari segi dubbing yang banyak digunakan dalam filem ini. Kadang sync, kadang tak.
- Ending yang tiba-tiba dia plot twistkan dengan wholesome. Dengan pendirian karakter jahat yang tak tetapnya, sekejap itu sekejap ini. Ni berlaku ketika final sequence je.
- CGI filem ni fuhhh ketara mat green screennya tapi dimaafkan selepas memikirkan filem ni filem peram sejak era PKP.
So, kesimpulannya?
Filem ini adalah filem yang fun fair riang ria bagaikan Hari Raya, lebih kurang macam The Greatest Showman, Frozen dan Didi & Friends the Movie; dalam jalan cerita, ada muzikalnya. Mungkin sebab tu filem ni ada menari dengan penuh warna-warni, bagi kita yang selalu layan filem serius, mungkin akan rasa "bapak ah filem apa doo ni!" Like I said before, pengaruh Oh Yeah sangat relatable dengan konsep filem ini.
But, it's okay. Lain orang, lain citarasanya. Akan ada yang kata filem ni best, ada yang kata tidak. Bagi aku, filem ni menghiburkan secara "one-off", tapi takdelah aku rasa nak tengok 2-3 kali. Kalau dah keluar dekat streaming services, memang aku layan part lagu sahaja. Yang penting, kita hormati pandangan orang yang dah tengok tanpa perlekehkan. By the way, antara Harimau Malaya: The Untold Journey dan Baik Punya Ah Long, dua filem arahan Afdlin Shauki tahun ni, aku lagi prefer Baik Punya Ah Long ni.
Rating untuk filem ini: 3.5/5 


Ulasan
Catat Ulasan