Masuk tanpa expectation apa-apa, layan movie sampailah habis. Permulaan cerita kurang menyakinkan, start masuk rumah agam Datin tu 'enjin baru start panas', second act drama touching dan kekeluargaan, third and final act macam tengok Marvel (Avengers dan Doctor Strange) + Disney (Maleficient, Snow White) + Harry Potter woo hahaha.
Yang best:
- Gandingan Zul Ariffin dan Ropie, chemistry diorang ngam dalam filem ini
- Kualiti dan sinematografi filem ini cantik dan kemas, maklumlah under Astro kan
- Paling win dalam filem ini adalah sound dan background music sepanjang filem, horror dia buat aku terkejut, drama dia buat aku touching sikit tapi tak sampai menangis, fighting / 'action' dia buat kita menjerit "AVENGERS!" lagi-lagi di akhir scene
- Komedi bergantung harap pada Zul dan Ropie
- Mesej kekeluargaan dan moral yang mudah hadam
Yang tak best:
- Side character yang lain yang kurang menyerlah
- Permulaan cerita yang membosankan, pengenalan watak satu persatu agak hambar dan mengecewakan
- Ada certain punchline yang dibuat-buat, kejap jadi kejap tak jadi dan berulang
- Plot yang dapat diagak dan diteka
- Cerita agak fast pace and ada flashback yang macam... tiba-tiba saja
- Elemen satu Malaysia yang dipaksa-paksa
- Doktor Divya yang macam... terlalu futuristik untuk digelar bomoh dan menambah kekarutan filem ni
Jangan risau, filem ni tak berat pun. Santai aje. Ada juga reference untuk lagu-lagu, selebriti tanah air yang obvious. Overall, ianya mengarut, tak berapa logik, tapi kalau kau mudah terhibur, mungkin kau akan layan. Kalau tak, mungkin genre seram komedi fantasi bukan lagi sesuai dengan citarasa kau.
RATING: 3/5 

Ulasan
Catat Ulasan