Bayangkan kau terperangkap pada hari yang sama setiap hari (a.k.a. time loop), sampai kau dah bosan buat kerja-kerja gila dan baru, sehinggalah kamu jumpa seorang perempuan cantik yang mengalami nasib yang sama dengan kau? Itulah yang dihadapi oleh Toy dan Vee ketika 31 Disember, selangkah sebelum 1 Januari tahun baharu yang belum lagi tiba harinya. dalam filem yang bertajuk "Love Stuck".
Filem ni bagi aku sangat menarik dan rare berbanding filem-filem time loop sebelumnya dan mengingatkan aku kepada telemovie Melayu, 100 Harijadi yang menggunakan konsep yang sama. Dalam kita menyelami kisah Toy yang mencuba 'bikin romantis, bikin paling romantis, sambil bermain mata, turun ke hati, hatinya jatuh' (saja gunakan lirik ni sebab ianya menggambarkan macam mana Toy boleh cair dengan senyuman Vee), ada mesej-mesej kekeluargaan, takdir dan perancangan masa depan yang diaduk secukup rasa dari awal hinggalah ke akhir filem.
Lakonan Toy dan juga Vee ni juga tak kurang hebatnya, Toy yang bersahaja itu memang membuatkan aku terhibur dengan perangai randomnya. Kecantikan Vee juga membuatkan aku tak hairan kenapa Toy boleh 'melting' dengan dia, sampai aku pun cari drama / filem apa lagi yang pelakon yang membawa watak Vee ni berlakon.
Momen-momen kekeluargaan dalam filem ini membuatkan mata aku berkaca dan bergenang (tapi tak sampai menangislah) sebab mesejnya dekat dalam kehidupan kita. Ada konflik yang ditekankan dalam watak-watak dalam filem ini relatable dan kita macam boleh rasa apa yang mereka rasa; kurang keyakinan diri, macam mana nak gembirakan dan puaskan hati semua orang dan sebagainya. Certain dialogue dalam filem ini juga sesuai dijadikan motivasi bangun pagi, terutamanya hal redha dengan apa yang Tuhan sudah rencanakan. Bab romantik tidaklah cringe, tapi bolehlah untuk kita turut 'awww' melihat chemistry Toy-Vee ini.
Sikit jelah kekurangan dalam filem ini which is bila masuk fasa yang terakhir tu, movie ni macam nak cepat-cepat habis dengan tiada penekanan atau fokus mendalam pada konflik yang terakhir melibatkan Vee, dan ending yang boleh diperkemaskan lagi. Tetapi keseluruhannya, memang terbaik, tak hairanlah kan, filem Thailand mana pernah mengecewakan bab-bab mesej kehidupan ini.
Filem ini boleh ditonton di Amazon Prime Video.
Rating untuk filem ini: 4.5/5 
Ulasan
Catat Ulasan