BABAH (2024): SEBUAH DIARI YANG MERUNTUN HATI
Aku baru saja menonton filem Babah arahan Mohd Shah Faizul hujung minggu ini. Filem ini antara yang aku nantikan selepas menonton treler rasminya yang boleh dikatakan menyentuh hati dan membuatkan aku tertanya-tanya apakah kisah yang bakal diceritakan. Kebetulan hujung minggu + filem ini kekeluargaan, aku membawa satu keluarga sekali untuk turut bersama aku menonton, mengharungi hampir 2 jam melayani perasaan dan kisah manis antara Babah dan anak perempuannya, Maya.
Filem ini tentang apa?
Filem ini mengisahkan Isyak atau Babah, yang menjaga anak perempuannya, Maya, bersama isterinya, Hayati, daripada Maya itu kecil sampailah ke besar. Filem Babah ni, aku umpamakan bagaikan menonton diari atau kisah kehidupan, kerana kita akan tonton dan explore macam mana Babah boleh jaga Maya sampailah... sampai apa? Haha tonton filem ini sampai habis.
Aku dapat merasakan vibes daripada filem "Abang Adik", memandangkan kedua-dua filem membawa pendekatan "orang kurang upaya". Tetapi kalau tanya aku, filem Babah ini more emotional dan membuatkan kita 'hanyut dan lemas' dengan jalan cerita ini.
Apa yang best tentang filem ini?
Nombor 1 yang aku rasakan membuatkan filem ini berjaya adalah Babah (Qi Razali) dan Maya remaja-dewasa (Sweet Qismina). Persembahan dua pelakon ni memang sangat-sangat terbaik, dan paling menyentuh hati. Qi Razali as Babah membuatkan kita fokus kepada keperibadiannya since dia ada dari Maya kecil sampai besar. Oh ya, Maya ni dilakonkan oleh 3 pelakon kanak-kanak, tetapi chemistry Babah dengan 'semua' Maya macam diorang ni betul-betul macam ayah dan anak. Fuh...
Sweet Qismina juga aku tak expect lakonan dia sangat superb, biarpun merentasi usia dari remaja sampai dewasa dan muncul pada lebih kurang selepas sejam filem ini berlangsung. Korang akan rasa lebih tertarik dengan dia, sebaik sahaja masuk third act di mana 'ujian' yang melanda Maya selepas Maya berkahwin. Aku macam, fuh, macam mana Sweet boleh jadi seperti itu, kesian gila weh! (taknak reveal sebab spoiler, korang kena tengok sendiri).
Jalan cerita dalam filem ini tersusun dan tak membuatkan kau pening. Untuk kau dibawa emosi dalam filem ni pun tidak mengambil masa yang lama, time Babah nyanyikan lagu Happy Birthday dekat anak dia pun aku dah berkaca-kaca. Konflik dalam cerita ni pun kau akan rasa simpati berlebihan dan bercucuran, yang pasti, kau akan attached dengan watak Babah sampailah filem ni tamat. Twist di third act filem ni juga tidak dijangka biarpun awal-awal cerita kau macam dah set mesti akan jadi macam ni. Humor dalam filem ini juga kau akan terhibur dan ketawa, kecomelan Maya-Babah pun kau akan melting - senang cerita, filem ni kalau kau nak main dengan emosi, this is the film.
Sinematografi dalam filem ini pun cantik dan kena dengan peredaran zaman 80an hinggalah kini. Setup tempat / prop juga boleh dikatakan baik, most of it kena pada latar masnaya dan membuatkan kita menggamit nostalgia dulu-dulu seperti cari kerja dalam suratkhabar, dengar lagu menggunakan CD player, gunakan kamera polaroid dan sebagainya.
Background music dan lagu tema dalam filem ini pun baik dan akan membuatkan kau terngiang-ngiang nak play the song sebaik saja kau keluar dari panggung wayang. Lagu Cinta nyanyian Panji Sakti dan Sang Hawa dan of course, Rahsia Tuhan nyanyian Noh Salleh diletakkan pada babak-babak yang tepat, yang bukan tiba-tiba saja. Oh ya, Noh Salleh juga jadi cameo dalam filem ini and kinda like tribute to him and band Hujan since elemen-elemen Hujan ada dalam filem ini (lagu Aku Skandal di kedai CD dan Sang Penikam). Bak kata Maya dalam filem ini, "You kena dengar lagu ni tau, I suka lirik dia mendalam sangat". Aku juga suka macam mana filem ni buatkan kita boleh 'letak diri kita dekat tempat Babah' bila Babah pakai dan tak pakai alat bantuan pendengaran.
Aku suka juga macam mana filem ini menyelitkan beberapa fakta menarik seperti sejarah jam tangan, sejarah Allahyarham Sudirman Hj Arshad, pengunaan bahasa isyarat dan sindrom Guillain-Barré yang mungkin orang tak berapa tahu sangat. Filem ini juga ada quotes menarik yang kau boleh related dengan kehidupan kau juga, yang mungkin kau boleh buat content TikTok dengan quotes tu haha.
Apa yang kurang best tentang filem ini?
Yang tak best dalam filem ini bukanlah mengganggu keseronokan kau untuk menonton filem ini, no worries.
Aku cuma keliru dengan watak Hayati lakonan Christina Suzanne dalam filem ni yang kejap ada kejap takde, sampaikan aku dan family aku fikir, "Eh dah meninggal ke (pada zaman ni)?" dan selepasnya, baru dia muncul tanda dia hidup haha. Selain itu, ada certain babak yang aku rasa macam meleret dan boleh dipendekkan seperti babak berbual menggunakan pen dan kertas.
Kesimpulannya?
Adakah aku menangis menonton filem Babah ni? Of course! Aku baru nak buat "Don't Cry Challenge" tapi gagal apabila tiba di babak terakhir filem ni. Lagi-lagi, lepas aku tengok filem ini, aku terus peluk babah aku dengan emosi yang masih bersisa. Rasa macam dah lama tak layan filem kekeluargaan seperti ini selepas Papadom dan Abang Adik. Patutlah ramai yang memenuhi panggung menyaksikan karya Babah ini. Kudos kepada director, writer dan semua yang menjayakan filem ini! Terima kasih baca review aku panjang-panjang ni haha jadi, kalau korang nak menangis, nak rasa rindu-rindu kepada keluarga, aku recommendkan korang bawa satu family pergi tonton filem Babah di panggung wayang, okay.
Rating untuk filem ini: 4/5 ⭐

Ulasan
Catat Ulasan