REVERSI (2024): BERAT DAN SARAT
Selesai menonton filem arahan Adrian Teh, orang yang sama mengarah filem-filem ketenteraan seperti PASKAL dan Malbatt: Misi Bakara, tapi kali ini, selepas dia 'bereksperimen' dengan filem sukan pada tahun ini (Gold), dia menutup 2024 dengan filem romantik sains fiksyen, iaitu Reversi.
Cerita tentang apa ni?
Mengisahkan tentang Akid (lakonan Beto Kusyairy) yang mempunyai kelebihan iaitu kembali ke masa sebelumnya / silamnya / lalunya, memanfaatkan kelebihan itu untuk menyelamatkan anak dan isterinya daripada maut dalam kemalangan jalan raya. Itu pokoknya malah terselit dalam trailer, kalau lebih lanjut, menjadi spoiler la hendaknya.
Apa yang best tentang filem ini?
Macam biasa, kita mulakan dulu dengan lakonan. Beto Kusyairy dan Shiqin Kamal dalam filem ini 'sweet nak mampus'. Kalau kau jenis layan genre romantik, kau akan melting dengan kemanjaan Shiqin Kamal dengan Beto, cara Beto dan Shiqin kenal-mengenal sampai kahwin sampai dah ada anak. Well, kita tahu how great Beto it is dalam filem-filem sebelum ni (malah pelakon lelaki terbaik FFM33).
Seterusnya, jalan cerita dalam Reversi ni, walaupun science fiction, tapi ianya tidak menyerabutkan kepala otak. Mudah untuk difaham dan ditelan. Cara Beto berpatah balik pun kau macam "oh, dia patah balik ke sini", "oh, mesti dia buat tu", kau macam boleh teka dia buat apa, tapi kau tak boleh teka tepat apa jadi selepasnya.
Sinematografi dalam filem ini cantik, audio pun kualiti terbaik. Well tak hairan la dari Adrian Teh. Kau akan rasa soothing dengan some part dalam filem ini, aesthetic dia, mood happy, sedih, kacau - semuanya disiapkan secukup rasa. Even background music dalam filem ni semuanya kena, semuanya sedap, kena dengan babak yang dimainkan.
Apa maksud aku berat dan sarat adalah pengajaran dan moral dalam filem ini saaaangat kuat ya. Pengajaran tentang takdir, masa, pentingnya meluangkan masa bersama yang tersayang, pentingnya menghargai, pentingnya membuat keputusan tepat, ada hikmah kenapa Tuhan jadikan semua itu; senang cerita, memang kau keluar wayang, moral tu kau dah genggam kuat.
Oh ya, decision yang dibuat oleh Akid adakala kita boleh teka tepat, tapi kesan daripada decision tu buat kita macam terdiam terkenang seketika. Apatah lagi, plot twist dalam filem ini terutama ending, memang mindblown kita, sampai aku pun speechless and unexpected.
Apa yang mungkin kurang dalam filem ini?
Filem ini durasinya panjang, 2 jam 12 minit. Ada certain part aku rasa agak draggy sampai aku ada rasa sedikit bosan dan menguap, terutamanya pada part yang obviously tentang cerita pasal "masa" atau pengajaran.
Skrip dalam filem ini banyak ke arah quotes, sampai terkadang rasa macam tak natural. Tidaklah semua babak, tapi macam tengah feeling menghayati suatu babak tetiba masuk quotes haha.
Akan ada certain babak air mata, tapi sepanjang aku tonton filem ni, aku tak menitiskan airmata macam aku tengok Babah (btw Babah ada rupanya dalam filem ni haha). Maybe sebab aku yang tak feel, sebab ada je penonton lain yang menangis.
Kesimpulannya, filem ini berat dalam menyampaikan tapi sarat dalam memberi pengajaran. Kalau kau bukan jenis layan drama, maybe Reversi ni kau akan rasa bosan sikit. Tapi kalau kau memang kaki drama, sukakan kelainan seperti sains fiksyen macam ni, Reversi kau akan layan dan mengambil pengajaran. Jangan lupa tonton filem ni, bawa pasangan kau supaya korang akan sentiasa menghargai antara satu sama lain, okay?
Rating untuk filem ini: 4/5 ⭐

Ulasan
Catat Ulasan