Soloz: Game of Life (2025)


Review ini bebas daripada spoiler dan ianya perspektif dari seorang yang bukan peminat atau pemain tegar Mobile Legends: Bang-Bang (MLBB).

Selesai menonton filem ini pada 20 Januari 2024 di GSC Starling Mall, terima kasih GSC sebab menjemput aku untuk ke gala premierenya. Berdurasi hampir 2 jam 19 minit mengharungi cerita tentang Soloz (dalam filem ini), ini adalah review ringkas aku daripada seorang yang bukanlah pemain tegar Mobile Legends: Bang-Bang (MLBB).

Cerita dia tentang apa?

Diinspirasikan daripada figura terkenal dalam Mobile Legends iaitu Faris Iskandar atau Soloz, filem ini mengisahkan tentang Faris atau Soloz, yang bercita-cita nak jadi pro gamer sejak kecil, dan bagaimana dia dan pasukannya menghadapi MLBB Professional League (MPL) dan mewakili Malaysia dalam MLBB Asian Heroes.

So, apa yang best mengenai filem ini?

Kita mulakan dari sudut lakonan. Fuhhhhh, Hun Haqeem yang membawa watak Soloz ni lain macam doo. Nampak matang dan tenang, sesuai dengan jalan ceritanya, even appearance dia pun macam lebih kurang je dengan Soloz sebenar. Tak lupa juga Noki K-Clique, Syafie Naswip dan Hafiz Mikail yang screentime diorang seimbang dan menyumbang kepada moral filem ini. Tapi, paling berat watak ialah ayah Safwan tu, and watak tu juga nanti akan menghiburkan kita.

Dari segi konsep, jalan cerita dan plot pula, bagi aku, ianya agak menarik dan agak unik pembawaan Syafiq Yusof kali ini sebab dia selitkan 3D animasi untuk menggambarkan permainan Mobile Legends, sampai setiap kali match MLBB kita terasa debarannya dan intense battlenya. Jalan cerita pun tersusun, and aku tak tahu sama ada ianya betul-betul daripada kisah sebenar Soloz atau tidak, tapi ianya sangat realistik dan setiap kali pertandingan, ada konflik yang ditimbulkan sebelumnya akan diselesaikan dengan baik, tak ada yang tergantung or unfinished.

Satu benda yang aku tak expect adalah filem ni penuh dengan humor dan komedi yang memang pecah perut. Takde satu pun yang try hard atau cringe, lagi-lagi lawak tu datang dari watak yang kau unexpected. Dari segi sinematografi, filem ini cantik visualnya. Prop pertandingan pun nampak real, macam guna tournament MLBB punya venue betul-betul woo. Animasinya pun mantap. Even dia menggunakan real sound pack daripada Mobile Legends pun terasa sinematik dan surround woo.

Filem ni juga ada selitkan beberapa cameo yang kau akan macam "eh, ada dia ni ada dalam filem ni?", and of course, the one yang kau akan tunggu-tunggu kannn but dia jadi watak yang kau tak sangka dan juga kelakar!

Bagi aku, tumpuan utama filem ini, of course dia punya moral values. Filem ini memang penuh dan sarat dengan pengajaran, terutamanya melibatkan kekeluargaan, pentingnya berkat dan doa daripada ibu ayah, pentingnya sokongan dan kesepakatan dalam persahabatan, pentingnya mengutamakan apa yang prioriti dan lain-lain. Aku perasan juga filem ini ada bawa isu-isu yang agak berat mengenai perspektif mencari rezeki di bumi orang dan cara kotor dalam pertandingan, Aku suka filem ni tak try hard sangat nak suruh kita hadam moral values tersebut.

Apa yang aku tak suka tentang filem ini?

Takde yang aku tak suka, cuma, ada beberapa lompong dalam plot, backstory beberapa watak yang kita tak sempat hadam dan kenal lebih mendalam, skrip "motivasi" yang obvious and cara penyelesaian konflik yang "tiba-tiba" pada penghujung filem. Tapi semua tu tidak mengganggu keseronokan dan syok aku menikmati filem ini, even tak menguap sedikit pun walaupun aku baru balik kerja.

Kesimpulannya?

Filem ni sesuai ditonton seisi keluarga, terutamanya fans tegar Mobile Legends: Bang-Bang. Tapi, kalau kau tak fans tegar sekalipun macam aku, kau akan enjoy tengok filem ini dan menikmati pengajaran yang hendak disampaikan. Syafiq Yusof masih mengekalkan mutu kualiti terbaiknya untuk naskhah pembukaan tahun 2025 ini! Syabas!

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 23 Januari 2025 (Khamis), dengan tayangan awal seawal Rabu sudah mula dijual.

RATING UNTUK FILEM INI: 4.5/5 ⭐

Ulasan