Norma: Antara Mertua dan Menantu (2025)

 


Sinopsis

Mengisahkan tentang Norma dengan seorang lelaki yang "try hard" nak mengorat dia, Irfan, sampailah mereka berkahwin dan hidup sebumbung dengan mak Norma, Rina, sehinggalah terjadinya "mertua adalah maut".

Apa yang best?

Kalau kau adalah orang yang boleh "geram" menonton filem Ipar Adalah Maut, aku yakin kau juga akan "geram" malah berkali ganda apabila menonton filem ini. Bagi aku, filem ini menggunakan "resipi" yang sama dengan Ipar Adalah Maut, di mana filem ini dimulakan dengan sweetnya si Irfan tackle si Norma, kemudian kahwin, and then bermulalah bibit-bibit dosa antara Irfan dan mertuanya itu, diakhiri dengan kesan dan akibat selepas kantoi "berasmaradana". Bila tengok dekat wayang ni, kau boleh enjoy geram dengan penonton-penonton yang lain hahaha.

Aku nak highlightkan lakonan Tissa Biani dalam filem ini sebab dia punya menangis tu memang nampak kesian gila sampai kita yang menonton pun rasa simpati gila dengan nasib dia. Aku tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat dia bilamana situasi yang dia lalui itu berlaku dalam diri aku. Tak dilupakan juga watak yang dibawa Wulan Guritno dan Yusuf Mahardika yang of course akan menjadi watak yang paling kau sumpah seranah dan maki hamun sampai akhir filem ini.

Filem ini juga ada selitkan komedi sebagai cuitan, and bagi aku, menghiburkan. Sinematografi pun cantik, muzik dia pun main peranan. Filem ini juga ada meninggalkan mesej-mesej yang boleh dibawa pulang selepas menontonnya, seperti tanggungjawab seorang ibu, seorang ayah, seorang suami dan seorang anak.

Apa yang kurang?

Bagi aku, motif si Irfan ni syok dengan Rina mertuanya tu macam kurang. Aku tak pastilah "fetish" si Irfan ni apa sama ada bau atau lipstick mertua dia pakai, cuma bagi aku, untuk membuatkan diorang curang tu kalau dapat perdalamkan lagi, bagi aku dah menarik dah.

Ada juga scene yang bagi aku macam tak related dengan plot filem ini, lagi-lagi melibatkan bekas kekasih Irfan si Etni. Bagaimana kecurangan mertua dan menantu ni "kantoi" pun kita macam dah boleh jangka, sebab ianya adalah "ulangan" daripada perbuatan sebelumnya.

And yeah, acuan yang lebih kurang aje dengan "Ipar Adalah Maut", cuma tukar peranan jelah, kan.

Kesimpulan?

Filem ni kalau kau nak layan, takde masalah. Kalau kau boleh brain dengan filem 'curang sedarah", kau still akan geram sebagaimana filem-filem yang kau pernah tonton sebelum ini. Filem ni tak adalah sampai kau nak layan berkali-kali, sekali kau tengok and "move on", gitu. And ya, filem ni aku perasan ada adegan panas yang dipotong oleh LPF, tapi tidak mengganggu penceritaan pun (tak sure la ada plot yang dibuang atau tidak ditayang di Malaysia atau tak).

Rating untuk filem ini: 3.5/5 ⭐



Ulasan