Hampir dua jam menyaksikan filem ini dengan perasaan penuh rollercoaster - mendebarkan, tenang, mencuit hati, kagum dan emotional. Aku lihat filem sekuel kepada Ejen Ali ini tidak menyentuh hanya pada Ali sahaja, tetapi kepada ejen-ejen yang ada di dalam MATA, terutamanya orang yang paling rapat dengan Ali. Menonton filem ini terasa lain macam vibesnya biarpun ianya hanya filem animasi, malahan, aku keluar dari panggung pun dengan berpeluh kerana intensiti aksi yang bertubi-tubi daripada filem ini. Walaupun aku tak sempat nak catch up keseluruhan pasca Ejen Ali The Movie yang pertama dan musim ke-3, tetapi aku tetap enjoy dan berpuas hati dengan apa yang disajikan!
Benda paling ketara dan sedap mata memandang adalah visual animasi filem ini, dia punya details sampai liang roma memang nampak jelas! Sinematografi dan audio tak perlu dipertikaikan lagi, aku rasa kalau tengok panggung Dolby Atmos pasti lebih mantap pengalaman menontonnya. Aksi dalam filem ini, dari awal hinggalah ke akhir, aku merasakan vibes Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame yang memang tak senang duduk dan rasa nak bersorak memberi semangat.
Humor dalam filem ni pun boleh tahan, time tengah serius pun boleh selitkan komedi. Babak emosi juga boleh buat kita bergenang air mata, tapi kalau dapat fokuskan lagi macam filem pertama tu, mesti dah meleleh dah. Aku tak sangka suara watak antagonis dalam filem ini adalah "beliau", and memang meremang! Dialog juga tersusun biarpun ada juga santai, beberapa peribahasa juga digunakan pada tempatnya. Soundtrack dalam filem ini pun, fuh, kena pada tempatnya lebih-lebih lagi lagu Teman Sejati daripada Nidji. And of course, seperti yang pertama, plot twist dalam filem ini... memang mindblown dan unexpected.
Kesimpulannya, filem ini memang sangat kemas dan susunan jalan cerita yang baik. Bagi yang nak ada pemahaman yang baik untuk menonton filem sekuel Ejen Ali ini, boleh tonton dulu dari musim 1 hingga musim 3, termasuk filem pertama. Oh ya, filem ini ada dua post-credit scene, satu mid, satu lagi betul² habis kredit.
Sekian review daripada kanak-kanak berumur 20an ke atas hahaha. Aku mungkin akan tonton lagi filem ni once official date nanti sebab memang worth it dan "memburu" merchandise filem ini.
Rating untuk filem ini: 5/5 ⭐
Ulasan
Catat Ulasan