Sebelum menonton, aku skeptikal dengan filem ini sebab memandangkan ianya daripada "inspired a true story from Elizasifaa", pengarah dan penerbit yang sama menghasilkan filem Ipar Adalah Maut, maka aku beranggapan jalan ceritanya cuma lebih kurang sama tetapi tukar peranan sahaja. Ternyata, hanya separuh sahaja, tapi sebahagiannya lagi ada "sisi yang tak didedahkan" dalam trailer (kecuali yang special one diorang keluarkan).
Jalan cerita dalam filem ini pun tersusun dan mudah difahami, penonton pun akan mudah geram dan panas dengan watak Reza dan Asih, and looks (cinematography, shot, visual dan audio) pun lebih kurang dengan filem arahan pengarah sebelumnya. Product placement pun walaupun sesaat dua tapi obvious haha. Macam aku kata, first act kau akan rasa filem ni macam typical filem curang like Ipar Adalah Maut atau Norma: Antara Mertua dan Menantu, tapi bila masuk second and third act, dia terus lari daripada tu dan fokus kepada... haaaa kena tengok haha.
Babak sedih pun kita terasa sedih, of course, filem curang mestilah kita akan rasa geram. Konflik dalam filem ini pun menambah rencah dan intense menonton. Menariknya, filem ini ada "twist" di mana kali ini bukan lelaki yang salah hahahaha. Menariknya lagi, filem ini diselitkan unsur komedi yang memang menghiburkan dan pecah perut, lagi-lagi daripada pelakon sampingan filem ini. Man of the match, Kang Karyo, plus kudos watak Anggi dan Ustadz Ridho! Ending filem ni pun menarik dan berpengajaran yang bukan menyentuh hal curang. Manoj Punjabi, macam Ipar Adalah Maut, ada juga buat cameo. Ada post credit scene yang menunjukkan "not a happy ending for the antagonist" haha.
Mujurlah Lembaga Penapisan Filem negara kita "menyelamatkan mata kita" dengan memotong segala babak² panas (which is korang akan obvious yang filem ini dipotong, terutamanya babak intim Reza dan Asih). So, lebih kurang tinggal 20% sahaja, itupun ciuman dan camera trick sahaja. Mungkin itu satu kekurangan juga, tapi kebaikan juga hahaha.
Yang aku rasa kurenggg sedikit adalah watak anak perempuan diorang ni aku rasa macam annoying and overacting mengalahkan mak dia haha. Decision-making oleh watak-watak utama juga macam tak berapa best. But overall, aku enjoy dan layan bersama penonton lain yang "baran", normal la vibes filem curang kan.Kesimpulannya, kalau kau nak rasa kelainan menonton "tipikal filem curang” dari negara jiran kita, nak turut bergeram, baran dalam masa yang sama terhibur dengan filem ini, tontonlah naskhah terbaru MD Pictures ini, kot korang tak tahu nak tengok filem apa kat wayang kan.
Rating untuk filem ini: 4/5 ⭐
Ulasan
Catat Ulasan