Legasi: Bomba the Movie (2025)



Aku telah menonton tayangan awal Legasi: Bomba The Movie (2025) di Aurum Theatre, TRX pada 19 Ogos 2025 (Selasa), siap jumpa dengan pelakon and dapat merchandise sebab wife tolong jawab kuiz hehe. Alright, let's jump to the review, jangan risau, tiada spoiler dalam penulisan ini.

Sinopsis

Mengisahkan tentang perjuangan skuad bomba melibatkan Amir (lakonan Ben Amir) dalam menghadapi siri situasi kebakaran dan kecemasan, sehingga mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.

Apa yang best?

Apa yang aku suka tentang filem ini adalah ianya memberikan pendedahan kepada penonton tentang kehidupan bomba itu sendiri. Aku yakin walaupun fiksyen, tetapi kita dapat kenal bagaimana organisasi bomba, cara mereka bertindak apabila berlaku kecemasan. Maklumlah, selama ini kita hanya tahu, bomba tugasnya hanya memadamkan api.

Aku juga suka macam mana plot dan penceritaan melibatkan anggota bomba ini dalam situasi-situasi kebakaran dan kecemasan dalam filem ini, yang bagi aku sebenarnya rare dan bukan tipikal. Ada satu situasi dalam filem ini (pada second act) yang kau akan relate dengan apa yang berlaku di dunia nyata (malah disebutkan referencenya pada kredit filem). Situasi kecemasan pada third act tu boleh ditambah baik, kalau dapat vibes ala-ala Skyscrapers atau The Tower, mesti lagi umphh.

Dalam banyak-banyak pelakon dalam filem ini, aku paling terkesan dengan Nas-T atau Eddy / Chief. Pehhhh dalam Keluang Man, nampak sisi kelakar dan annoyingnya, tapi dalam ni, nampak kepimpinannya dan professionalnya walaupun ada kawan baik dia dalam satu pasukan.

Aksi dia menarik, aksi menyelamat dan ketangkasan pasukan bomba kita sampai tak senang duduk tengok api sana-sini. Ada konflik antara watak yang disampaikan dengan baik dan juga babak emosi dalam filem ini, mampu membuatkan kita sayu tapi takdelah menitiskan air mata, kalau dia boleh improve scene itu, mesti terkesan.

Jadi, apa yang kurang?

Benda yang paling obvious yang kau akan perasan daripada awal cerita lagi adalah dia punya CGI yang... bukanlah aku nak kata teruk atau sampah, tapi obvious sekali kau akan nampak itu CGI yang adakala sedap mata memandang, adakalanya aduhai sayang. Tapi tak mengapa, aku faham mungkin risiko tinggi kalau buat api / kebakaran / kecemasan secara praktikal. Kalau dia boleh buat praktikal, mesti kita rasa intense dan realistik.

Skrip dalam filem ini juga pada certain babak nampak "scripted" and tak natural, and yeah, still typical dialog yang kita jumpa dalam filem-filem melibatkan frontliners kita macam askar, polis dll: akan ada dialog motivasi, tanggungjawab dan lain-lain. Ada juga pelakon-pelakon tambahan yang... aku tak tahu peranan mereka apa, tetapi reaksi mereka nampak dibuat-buat sangat dan agak janggal bagi aku.

Plothole pada second and third act macam kenapa "orang jahat" buat benda tu, apa motifnya, tidak diceritakan secara mendalam dalam filem ini, tapi aku faham, ini filem bomba, bukan kepolisan. Tapi, kalau diperkemaskan, why not, terasa intense di situ.

And yeah, aku rasa part Amir dan Cikgu Mustika tu... tak perlu kot plot romantik yang akhirnya bukan romantik pun hahaha.

Kesimpulannya?

Legasi: Bomba the Movie (2025) antara filem bomba terbaik, walaupun ada beberapa kelemahannya. Aku dan wife still enjoyable, masih terasa intense pada aksi-aksi yang ditunjukkan. Boleh dilayan seisi keluarga sempena Hari Kebangsaan 2025, jom ramai-ramai support filem ini, sekali-sekala menjentik emosi kita untuk menghargai para perwira bomba kita.

Rating: 3.8/5 ⭐

Merchandise dia unik juga hehe terima kasih!

Ulasan