Apa yang dapat aku rumuskan usai menonton filem romantik drama tertinggi tahun 2025 di Indonesia ini adalah:
Reversi + Imaginur = Sore.
Sore: Istri Dari Masa Depan, sebuah filem sci-fi romantik drama berdurasi 2 jam, berdasarkan sebuah websiri dengan judul yang sama di YouTube arahan Yandy Laurens. Mengisahkan tentang Jonathan, seorang lelaki yang hidupnya berubah apabila ada seorang perempuan bernama Sore, mengaku dia isteri in future. Ah, sudah.
Aku sudah menonton websirinya di YouTube dan meletakkan ekspektasi bahawa barangkali jalan ceritanya akan menjadi sama dari awal hingga akhir dan hanya ditokok tambah elemen drama untuk memanjangkan durasi filem. Ternyata tidak. Portion pertama sahaja lebih kurang sama, tapi masuk second dan third act, ianya berbeza.
Aku suka bagaimana filem ini menggunakan konsep multiverse untuk menyampaikan sebuah naskhah romantik yang jarang ditemui (kecuali filem Doctor Strange yang terakhir) dan konsep time travel ala-ala Reversi. Sinematografi filem ini pun sangat cantik, kemas dan memukau, memandangkan mereka shoot filem ini di luar negara.
Chemistry di antara Sheila Dara dan Dion Wiyoko memang baik, romantik mereka mampu membuatkan kamu cair. Komedi secukup rasa, emosi seindah kata. Filem ini banyak mesej dan kata-kata yang boleh dijadikan quotes. Muzik dia pun layan dan kena dengan emosi babak, terutamanya di final act apabila berkumandang lagu Terbuang Dalam Waktu kumpulan Barasuara.
Cumanya, aku merasakan filem ini bukan untuk semua orang, kerana tempo filem ini sangat perlahan, sehinggakan isteri aku beberapa kali terlelap. Pace filem ini terutamanya babak perbualan terasa lambat, barangkali ingin menekankan filosofi dan quotes kehidupan dan percintaan. Filem ini juga bermain dengan elemen sains, yang aku yakin, habis saja kau menonton filem ini, mungkin kau akan keliru dengan penutupnya, dengan konsep "merentas masa" dan multiverse di antara Jonathan dan Sore. Senang cerita, kalau kau boleh hadam vibes filem Imaginur, aku rasa kau boleh hadam filem Sore ini.
Kesimpulannya, filem ini sangat "art berat", penuh kisah, unik dengan konsepnya, indah pada romantisnya, luluh pada emosinya. Kalau partner kau seorang yang sukakan filem-filem slow burn romantic seperti ini, bawalah dia tonton filem Indonesia ini (di mana aku difahamkan mereka di sana mencalonkan filem ini untuk Oscars), yang akan ditayangkan secara rasmi di Malaysia pada 25 September 2025.
Rating untuk filem ini: 4/5 ⭐

Ulasan
Catat Ulasan