Papa Zola The Movie: Game On! (2025)


Selesai menonton tayangan awal filem animasi dari Monsta yang terkenal dengan IP BoBoiBoy, iaitu Papa Zola The Movie: Game On. Seperti yang diumumkan sebelum ini oleh pengarahnya, Nizam Abd Razak, watak Papa Zola akan "bersara" dalam francais BoBoiBoy, dan filem ini akan menjadi "detik perpisahan" kepada watak Papa Zola dan keluarganya.

Jangan risau, review ringkas dan padat aku tentang filem ini tak ada spoiler, hanya nak menyatakan "unexpected feelings" aku bila tonton filem ini.

Sejujurnya, aku bukanlah peminat tegar BoBoiBoy, malah animasi bersirinya baru-baru ini, aku hanya tengok sekali imbas saja (itupun sebab orang rumah aku tengok). So, bila filem Papa Zola ni keluar, aku macam takde expectation sangat, hanya mengharapkan filem ini filem aksi macam Ejen Ali The Movie 2 yang keluar pada tahun ini.

And... Surprisingly, filem ini... berat mesejnya. Berat untuk orang dewasa macam aku.

Biarpun jalan ceritanya hanyalah tipikal yakni mengisahkan Papa Zola nak selamatkan bumi daripada ancaman kuasa atau makhluk asing, tapi ternyata, ianya lebih daripada itu, senang cerita, kekeluargaanlah.

Ada dua babak dalam filem ini yang membuatkan aku menangis (satu babak mata berkaca, satu babak bocor terus mata). Yes, filem animasi buat orang dewasa menangis. Kita ni, sekental manapun, tapi kalau dah sentuh hal keluarga, "goyang" juga haha.

Aku yakin, ayah-ayah dan mak-mak boleh related gila dengan mesej filem ini, terutamanya permulaan cerita dan dua babak yang aku maksudkan itu. Lagi-lagi, filem ini menggunakan "acuan yang lebih kurang serupa" dengan Ejen Ali The Movie 2 di mana penggunaan lagu dari negara Indonesia, yang menyentuh hati dan lirik penuh makna.

Selain daripada itu, aksi, fuhhh, tak duduk diam kita menontonnya.

Jalan cerita mudah untuk faham dan hadam, malah agak matang sampai aku rasa, selain kanak-kanak, mak bapak budak pun akan enjoy.

Animasi, memang another level, grafik lawa lain macam and sedap mata memandang, sampai aku tak rasa filem ni filem BoBoiBoy, walaupun ada watak tu jadi cameo.

Muzik dan sound effects, aku rasa akan tonton sekali lagi sebab Dolby Atmos. Hall yang aku tengok hari ni just biasa tapi still sedap dan jelas.

Komedi, yeah, Papa Zola always entertaining, tak pernah punchline dia tak jadi.

Reference? Ada entiti dari animasi Monsta yang lain, termasuk juga dari Gempak Starz (ni pun tak sangka jadi cameo, yang tahu dan kenal, mesti cam punya).

Post-credit scene? Fuhhhh satu audience tepuk tangan dan tak sabar. Korang kena tengok sendiri.

Ada secebis dua saja yang boleh ditambah baik macam ada watak yang tak dapat pengakhiran, terutamanya ada satu watak ni yang menjadi penyelamat kepada misi susah. Permulaan cerita juga agak sedikit slow, tapi masih emotional, since dia nak kenalkan Papazola dekat penonton.

Biarpun begitu, Papa Zola The Movie: Game On adalah filem penutup 2025 paling terbaik, filem animasi kedua terbaik tahun ini selepas Ejen Ali The Movie 2, filem kekeluargaan terbaik, memang yang terbaik semuanya. Zero expectation, infinity feelings!

Bawalah satu keluarga korang pergi tengok, aku minggu depan nak layan lagi filem ni! Tayangan rasmi filem ni pada 11 Disember 2025!

Rating untuk filem ini: 5/5 ⭐

Ulasan