Percubaan pertama direktur Bujoq tidaklah mengecewakan namun tidaklah juga sempurna.
Ingin dinasihatkan kepada yang bakal menonton, jika expectation anda mengharapkan filem ini full action rempit, maka, rendahkanlah expectation anda agar tidak mengecewakan anda. Mujur aku awal-awal rendahkan, dan bagi aku filem ni, pada paras pertengahan: tidaklah best tapi tidaklah teruk sangat.
Syafiq Kyle membawa cerita ini dengan baik sekali, biarpun jalan ceritanya terlalu meleret dengan kisah percintaan, begitu juga dengan Tracie Sinidol yang kecomelannya mungkin memaafkan kekurangan filem ini, cehh.
Visual filem ini cantik, audio dia pun sesedap rasa, maklumlah dihasilkan oleh syarikat produksi terkemuka. Lagu latarnya, menggamit nostalgia dan kena dengan montaj atau babak yang dipertunjukkan. Babak aksinya yang ada 3 bahagian tak silap aku juga, memuaskan, biarpun kejanggalan berlumba di jalan yang sangat sunyi tanpa kereta haha.
Bagi aku, filem ini, dia agak struggling untuk menyeimbangkan tiga plot iaitu kekeluargaan, persahabatan dan percintaan, dan akhirnya plot percintaan lebih dominan dan berat. Walhal third act filem ini yang agak "dark" membuatkan kita dah tertarik untuk mengetahui penutupnya, berbanding terlalu lama kita disajikan dengan plot percintaan.
Sehinggakan bab kekeluargaan dan persahabatan pun bagaikan "petik jari dah selesai masalah", menyebabkan rasa tidak puas. Penutupnya pula sekadar begitu sahaja, tiada penamat yang gembira, hanyalah kesudahan untuk setiap watak yang... tawar.
Dialog dalam filem ni pun selain daripada babak motor, aku tak tahu kenapa aku rasa tidak sesuai dan "cringe", macam tiba-tiba je Azam nak kena borak dengan Tracie pasal lukisan, bisikan dan lain-lain.
Watak jahat yang dilakonkan Amir Nafis pun tak berapa umphhh, tapi bolehlah buat sesedap rasa. Waktu dia memberontak tu je, rasa gentar sedikit melihat, tapi waktu "dark moment" tu, 360 darjah jadinya.
Walau bagaimanapun, percubaan pertama pengarah tidaklah mengecewakan, masih boleh dilayan dan menghiburkan. Diharapkan agar tidak berputus asa untuk bereksperimen dengan genre sebegini, malahan pengarah pun khabarnya sudah maklum dengan kritikan penonton.
Rating: 3.5/5 ⭐

Ulasan
Catat Ulasan