Aku tak pernah layan genre sebegini (kali terakhir rasanya Aliff dalam 7 Dimensi, international film tak pernah lagi), malah melihat trailernya pun, aku rasa "pelik". Tetapi, selepas tamat menonton naskhah terbaru ini, aku rasa, "fuhhhh gila". Tersilap aku judge filem ini terlebih awal, tak sangka ianya lebih best daripada filem yang... takmau sebut tajuk dia, tapi sebenarnya, tajuk dia tu sesuai je untuk filem ini hahaha.
Jangan risau, review aku tak ada spoiler.
Filem ini memang penuh dengan aksi, lagi-lagi melibatkan watak utama iaitu Mikael (lakonan Datuk Remy Ishak). Dia punya fighting scene tu, walaupun kamera goyang, tetapi still menaikkan intense dan menarik.
Filem ini juga diperkaya dengan elemen komedi, lagi-lagi datang daripada dua pelakon yang menyerikan lagi jalan cerita iaitu Noreen Lee dan Fabian Loo. Memang terhibur gila watak mereka ni, agar tidaklah kita rasa tegang dan suspens sepanjang penceritaan.
Elemen gore juga agak mengejutkan aku, lagi-lagi pada awal filem. Nampak realistik, sampai aku yang menonton rasa mual dan macam nak muntah menontonnya (terutama ada satu adegan di restoran Cina).
Jalan ceritanya tersusun, biarpun bermain dengan alam nyata dan ghaib. Aku puji dia tidak tipikal yang sampai menyentuh elemen agama, action scene dia pun bertumbuk berlawan. Memang mendebarkan. Ada beberapa twist yang satunya kita boleh jangka dan satunya kita macam unexpected.
Kalau ditanya tentang kekurangan, kalau adapun bagi aku, mungkin ada dialog atau babak yang sedikit draggy. Ada komedi yang dipaksakan. Tetapi ianya tidak mengganggu perjalanan cerita dan keseronokan nak tahu apa terjadi dengan Mikael sepanjang dia menempuh makhluk² dari alam ghaib itu.
Kesimpulannya, fresh idea yang memang tak sangka aku boleh terhibur menonton filem ini tanpa perlu fikir logik akal. Tak sempat nak mengantuk, tak sempat nak boring. Filem Mikael: Pemburu Dua Alam ni akan keluar di panggung wayang pada 2 April 2026, jangan lupa pergi tengok.
Rating untuk filem ini: 4/5 ⭐
Ulasan
Catat Ulasan