GAYONG 2: AKSI MANTAP TAPI SEKEJAP
Sekuel kepada Gayong 2 sudahpun mula ditayangkan hari ini. Ianya merupakan sambungan terus daripada filem pertama, dan ya, kalau korang belum tengok, silalah tonton dahulu di Netflix sebelum layan filem kedua ini sebab filem kedua ni takde backstory; ianya terus straight to the point mengenai perjalanan Meor Abdul Rahman yang bertugas sebagai anggota polis di Singapura.
Apa yang best dalam filem ini?
✅ Aksi - Bertubi-tubi aksi dalam filem ini, terlalu packed. Dialog sikit, lawan. Dialog sikit, lawan. Paling impressive, ada pelakon-pelakon "amoi" Cina yang nampak cantik paras rupa, tapi ada juga fighting scene melibatkan mereka yang cantik juga. Bila ada scene melibatkan latar Cina, serius, dah rasa macam filem Kung Fu / kongsi gelap yang nampak realistik. Paling sedap dan seriau, camera movementnya tidak mengecewakan, terasa macam diorang tak guna stunt man sebab jelas muka pelakon dalam action sequence itu.
✅ Visual - Memang sangat cantik, prop pun kena dengan latar masa 1950an. Respect ah macam mana dia boleh buat props sebegitu.
✅ Lakonan - Tiada siapa pun yang "kayu" dalam filem ini, lagi-lagi Beto Kusyairy, Syafie Naswip dan Nabila Huda. Kudos juga kepada Sandra Lim tak silap, for the fighting scene melibatkan wanita-wanita Cina. Bobby Tonelli sebagai antagonis pun tampak meyakinkan.
✅ Emosi - Romantik kita rasa, perjuangan tu juga kita rasa, sedih pun ada satu babak yang sedikit touching juga.
✅ Cameo - Fuhhhh ahli gusti pun ada dalam ni, sempatlah tunjuk skill satu dua yang menyakinkan.
Kekurangan dalam filem ni?
⚠️ Runtime - 1 jam 22 minit bagi aku terasa sangatttt sekejap dan tak puas. Lagi-lagi, final act tu, aksi tu boleh je dileretkan dan dipanjangkan. Malah, backstory mengenai antagonis pun tak diceritakan atau diperincikan sebaiknya.
⚠️ Watak Ammar Titan tu boleh diperkemaskan lagi kalau nak jadi comedy relief. Dia macam selingan saja di situ dan kalau tak ada pun, masih melengkapi.
⚠️ Watak Meor dan antagonis walaupun satu pasukan polis, tapi terasa macam diorang berada di cawangan yang lain. Kalau ada konflik dalam balai polis yang sama, mesti terasa ngam.
Kesimpulannya, it's still a great biography movie. Epic ada, aksi pun non-stop, drama secukup rasa. A good sequel daripada Gayong. Jangan risau, tiada post credit scene, habis cerita boleh terus balik. Tahniah, Faisal Ishak kerana tak pernah mengecewakan dengan karya-karya beliau.
Rating untuk filem ini: 4/5 ⭐
Ulasan
Catat Ulasan