Aku telah menonton naskhah terbaharu, Esok Tanpa Ibu (2026). Cantik betul timing tayangannya, kebetulan ianya ditayangkan ketika sambutan Hari Ibu. Ribuan terima kasih kepada pihak TGV Cinemas dan Xavier Naxa atas jemputan eksklusif ke malam tayangan perdana ini.
Secara keseluruhannya, ia sebuah pengalaman sinematik yang menarik. Dian Sastrowardoyo, iaitu si ibu. Kekuatan utama filem ini pastinya pada comeback pelakon hebat ini. Sudah lama rasanya tidak melihat beliau beraksi di filem-filem Indonesia. Teringat pula filem Ada Apa Dengan Cinta, haha.
Walaupun pada awalnya filem ini memberikan sedikit vibes "Ketika Berhenti Di Sini" (2023), tapi filem ni ada identitinya yang sendiri. Penggunaan elemen Artificial Intelligence (AI) diolah menjadi sebuah konflik yang unik dan membuatkan kita berfikir dan berteka-teki tentang kesudahannya.
Dari sudut visual atau sinematografi, filem ini memang cantik dipandang. Cumanya, ada beberapa babak yang membuatkan aku sedikit terkeliru, adakah visual yang disajikan itu janaan CGI sepenuhnya atau sememangnya lokasi sebenar? Walau bagaimanapun, ia sangat sedap mata memandang.
Babak-babak emosi dalam filem ini nearly gripped my heart. Ia disokong pula dengan mesej dan nilai moral kekeluargaan yang sangat kuat, sesuai dengan tajuk yang dibawa.
Namun, tiada naskhah yang sempurna. Ada beberapa aspek yang pada aku, sedikit lompong:
Final executionnya bagi aku agak kurang menyengat. Penghujung cerita terasa seperti ada potensi yang belum digarap sepenuhnya. Bayangkan kalau pengarah berani memusingkan plot di mana entiti AI tersebut bertindak 'flip the table', pastinya ending filem ini akan jauh lebih epik, mind-blowing, dan meninggalkan impak yang lebih mendalam!
Walaupun emosinya ada, kualiti dan kedalaman beberapa babak sedih sebenarnya boleh digali dan digarap dengan lebih dalam lagi untuk betul-betul meruntun jiwa penonton.
Secara ringkasnya, Esok Tanpa Ibu masih sebuah karya yang sangat berbaloi untuk ditonton. Buat anda yang memang suka layan genre melodrama atau mungkin merasakan jalan cerita ini ada kaitan rapat dengan kisah keluarga anda sendiri, bolehlah untuk menonton filem ini di pawagam.
Rating untuk filem ini: 3.5 / 5
Ulasan
Catat Ulasan