Selesai sudah menonton Tarung: Unforgiven, hasil sentuhan Razaisyam Rashid yang pernah memberi kita Kahar: Kapla High Council dan Pusaka.
Jalan ceritanya mudah sahaja, mengisahkan tentang Hatta (lakonan Mierul Aiman), yang menyertai pertarungan anjuran Marga (kongsi gelap?) untuk cari duit rawatan kakak dia. Itu saja.
So, apa yang aku suka tentang filem ni?
Pertama, visual dan sinematografi filem ni sedap mata memandang. Cantik dan kemas, lagi-lagi melibatkan scene pertarungan, terasa macam dalam MMA.
Kedua, action sequence dia layak diberi pujian, kameranya kemas menangkap setiap aksi, membuatkan kita rasa sangat-sangat intense dan mencabar adrenalin, termasuk juga sound effect tumbuk-menumbuk, patah riuk apa semua, membuatkan kita turut merasa ngilu.
Ketiga, lakonan mantap daripada pelakon-pelakonnya. Masing-masing memainkan peranan yang tersendiri. Selain Mierul Aiman, Bront Palarae dengan egonya, Zul Ariffin dengan keseriusannya dan Aedy Ashraf, Amir Ahnaf antara watak yang memberikan kesan juga walaupun "sidekick". Ada juga beberapa cameo yang unexpected muncul dalam filem ni.
Keempat, nilai dalam filem ni, yang mengetengahkan kekeluargaan, persahabatan, kepercayaan dan masa lalu. Aku suka macam mana seimbangnya jalan cerita ni di samping aksi yang back-to-back.
Kelima, soundtrack. Lagu Terbang nyanyian Noh Salleh tu, fuhhh terngiang-ngiang, malah kena dengan babak yang dipaparkan ketika lagu itu dimainkan.
Apa yang aku tak suka?
Jalan ceritanya yang mudah diagak, mudah dijangka dan simple. Aku sampai boleh teka apa skrip yang akan dilontarkan seterusnya, siapa dalang, apa terjadi. Mungkin nak buat penonton mudah menghadam kot. Apatah lagi durasinya dalam 1 jam 30 minit macam tu, bila tiba third act, rasa macam, "Eh, dah nak habis cerita dah, tahu-tahu dah final act."
Marga tidak dihuraikan sepenuhnya. Ya, dia ada terangkan hierarki, rukun² segala, tapi kehidupan ketua-ketua Marga tu kalau ditekankan instead of kisah hidup Hatta tu, aku rasa lebih menarik dan ada vibes² Blood Brothers.
Aku juga perasan background watak utama iaitu si Mierul Aiman ni ada persamaan dengan drama bersiri Projek: High Council, yang memperlihatkan dia terlihat lemah dulu tapi lepas kena psycho atau ada triggered, tiba-tiba macam kena "rasuk" dan baran.
Aksi melibatkan Aedy Ashraf juga sekejap nau, tahu dia dianggap berkuasa tapi kalau diperhebatkan lagi, mesti umphh, alang-alang dah tayang muscle dan six pack haha
Kesimpulannya, filem ni sedap untuk dilayan, lagi-lagi aku pula tonton lepas balik kerja. Satu filem standalone yang tidak berkait dengan karya pengarah sebelumnya. Ingin diingatkan filem ni 16 tahun ke atas sebab ada kata carutan yang tak ditapis. Kalau kau suka filem aksi dengan sedikit drama, kau akan terhibur dengan filem ni. Harapnya ada sekuel untuk filem ini. Korang yang dah tengok, apa pendapat korang?
Tonton filem ini bermula 7 Mei 2026, kita support filem tempatan!
Rating untuk filem ini: 4/5 ⭐
Ulasan
Catat Ulasan